Tuesday, November 13, 2007

Bukit Fraser Pahang 10 - 12 November 2007

Melalui Kuala Kubu Bharu dan mengambil masa perjalanan lebih kurang dua setengah jam. Cantik pemandangan bukit bukau di sepanjang perjalanan tersebut. Tiba sekitar jam 12 tengahari di Penginapan TM Resort - Peninjau, terus 'check in'. Makan tengahari dengan maggie sahaja sebab, di situ tidak sediakan makanan. Sekitar 3 petang, kami ke pekan, ada kedai terbuka, jual T-Shirt & cenderahati dan kedai-kedai lain yang sedia ada. Sekadar meninjau-ninjau suasana pekan & kami belikan goreng pisang & kerepok sahaja. Lepas itu pergi ke padang permainan, anak-anak main di sana, sekali-sekala hujan turun renyai-renyai. Angin datang meniup hingga menusuk tulang. Kesian Asna kesejukan & topinya tidak di bawa sekali. Perut memang terasa cukup lapar, mungkin kesejukan tersebut. Setelah puas bermain di taman berkenaan, kami meronda ke sekitar kawasan menaiki kereta. Makan di Restoran Az : RM 26.30

Hari kedua :
Allan Water Boating : RM 6 satu bot dengan muatan 3 orang. Aba + Irfan + Fawzan satu bot, Azidah & Afifah satu bot. Lawat taman bunga, sarapan pagi di 'Strawbery Park' : nasi lemak (hanya dibuka pada Sabtu & Ahad sahaja). Kemudian ke Jeriau Waterfall, 4.5 km dari pekan. Agak jauh berjalan kaki untuk sampai ke kawasan air terjun. Anak-anak mandi. Balik ke Peninjau, lepak sebab dah terlalu penat berjalan. Enam petang keluar ronda-ronda di sekitar Bukit Fraser dan makan malam di Pine Resort.

Hari ketiga :
Sarapan pagi di Puncak Inn Restoran. (nasi lemak) Kemudian ke Paccdock : naik kuda : RM 3 kanak-kanak 1 pusingan RM4 dewasa 1 pusingan. Balik ke bilik & bersiap untuk pulang. Dalam perjalanan pulang... singgah di kampung Pertak (kampung orang asli yang telah dipermodenkan) rupa bentuk rumah yang agak unik. Singgah di EcoAmber Stone Ulu Kalong, Hulu Yam.

Percutian yang cukup seronok, bezanya kawasan di sini berada pada tahap kesejukan yang agak tinggi, 1500 ketinggian dari aras laut.

Makanan masih belum mahal, cumanya kedai makan sudah ada yang ditinggalkan. Ada yang berniaga untuk hari Sabtu & Ahad sahaja.