Bilik penginapan kami kali ini adalah Sri Warisan Resort Air Keroh Melaka. Biliknya mengadap ke Taman Mini Malaysia & Mini Asean. Di sini terlalu banyak monyet dan kami perlu berhati-hati kerana risau monyet tersebut menganggu atau mencerobohi masuk ke bilik.
Petang hari pertama di sini, anak-anak menghabiskan masa mandi-manda di kolam renang dan seterusnya makan malam di resort berkenaan.
Hari kedua : Selepas sarapan pagi, kami mengunjungi Taman Mini Malaysia & Mini Asean. Sebelum menjelajahi taman berkenaan anak-anak mengambil kesempatan menaiki kuda dengan bayaran RM 5 seorang. Perjalanan yang hanya sekitar 10 meter sahaja, memberikan sedikit ketidakpuasan kepada mereka. Namun pastinya perasaan seronok tersebut berbunga di hati mereka.
Terdapat pelbagai rekabentuk rumah yang unik, yang masih segar dalam ingatan adalah rekabentuk dari Indonesia. Kami juga sempat melihat persembahan tarian kebudayaan. Menarik juga dengan pakaian mereka yang pelbagai warna. Kami sempat membelikan beberapa topi kecil yang dijual di kawsan luar taman mini tersebut. Selepas itu, kami mengunjungi Zoo Melaka yang hanya 1 kilometer dari tempat penginapan.
Keseronokan jelas terpancar pada wajah anak-anak kerana mereka dapat melihat haiwan tersebut dari jarak dekat. Namun keletihan yang teramat sangat pastinya dirasai oleh kami. Ini kerana kami berjalan-jalan dari awal tempat pembelian tiket hingga tiba semula di tempat yang sama, yang mengambil masa hampir dua jam.Memandangkan perkhidmatan mini keretapi disediakan pada sebelah petangnya, kami mengambil peluang untuk memerhatikan sekali lagi haiwan-haiwan berkenaan dengan menaiki keretapi tersebut.
Sekitar jam lima petang kami ke sebuah kedai untuk membeli alat tulis anak-anak bagi kegunaan mereka malam nanti. Seterusnya berehat seketika di tasik Air Keroh yang terdapat berhampiran D’Village Resort. Suami sempat menaiki kayak bersama Ahmad dan bergilir dengan Ifah. Akhirnya malam hari, kami habiskan masa di resort sahaja.
Hari ketiga : Kami ke Bandar Melaka, sempat menaiki bot pelancongan menyusuri Sungai Melaka. Sepanjang perjalanan tersebut kami diberi penerangan oleh seorang pemandu pelancong, mengenai Negeri Melaka dan sejarah sekitar tempat tersebut. Saya cukup kagum dengan beliau boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Kami juga sempat di bawa ke tempat Kincir Air yang sedang dalam pembinaan. Selesai menyelusuri sungai, kami pulang segera ke resort kerana suami akan mengikuti Majlis Hadith Sempena Sambutan Maulidir Rasul SAW 1429H di Madrasah Hasaniah di Negeri Sembilan (http://yayasansofa.com.my/). Petang itu, hujan renyai-renyai, jadi saya dan anak-anak menghabiskan masa menonton tv dan bermain-main di dalam bilik sahaja.
Hari ketiga, kami melawat ke Taman Lebah dan membeli madu di situ dan selepas siap berkemas kami bertolak semula ke Bandar Melaka untuk membeli belah, namun disebabkan waktu hampir tengahari dan jalan semakin sesak, kami mengambil keputusan terus ke N. Sembilan. Sukar bagi kami untuk membeli belah dengan membawa anak-anak ditempat terbuka tersebut dan mengambil keputusan terus ke N. Sembilan, memandangkan suami tertinggal buku notanya & kehilangan selipar pada majlis di Madrasah Hasaniah berkenaan. Tiba di madrasah pada waktu zohor, dan suami mengambil kesempatan bersembahyang zohor di masjid berkenaan. Alhamdulilah pada pencarian kali kedua, beliau menemui semula buku berkenaan dan selipar tersebut.
Akhirnya kami pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan biasa memerhatikan pemandangan N. Sembilan yang masih cantik dengan senibina rumahnya dan kawasan hutan yang masih menghijau ...

Masih terasa ketidakpuasan mengunjungi Melaka, kerana banyak tempat menarik tidak sempat dikunjungi seperti Butterfly Park, Hutan Rekreasi Air Keroh, Taman Buaya, MITC – ’Melacca International Trade Centre’, dll ...