Dari Famosa Garden Hotel, Melaka ke Jerantut Hill Resort, Pahang mengambil masa lebih kurang tujuh (7) jam termasuk sesi singgah-menyinggah di R&R, juga kesesakan jalan raya disebabkan hujan. Kami bertolak lebih kurang jam 3 petang dari Melaka dan tiba lebih kurang 10 malam di Jerantut Hill Resort. Tahap 'tekanan dalaman diri' menurun setelah dapat makan dan melihat bilik yang cantik dan cukup selesa untuk tidur pada malam itu. Hehehe ....
Mengimbau 'sejarah' ke Melaka :
Kami tiba lebih kurang jam 11 malam di FGH dari rumah di Jalan Duta, KL dan dapatlah menjamah nasi briani mamak. Sekadar mengikut suami yang mempunyai program di Melaka, jadi sebelah siang bersama anak-anak menonton tv, mandi kolam dan berkereta 'merayau' sekitar kawasan tersebut. Sebelah malam berkesempatan menemui rakan dari Paskistan yang 'bermaustatin sementara' (mungkin dalam tempoh 3/5 tahun) di Melaka. Berhajat ke Jonker Street Melaka, tapi tidak kesampaian kerana jam telah menunjukkan ke angka 1 pagi. Semua orang 'mau balik tido'.
Pagi ahad kesempatan sekejap ke pekan Bandar Hilir, membeli t-shirt murah untuk anak-anak, juadah melaka dan tidak ketinggalan mainan lah. Hanya sekejap, kerana sukar nak untuk mengawal anak-anak seorang diri dan nasib baik satu/dua kedai baru di buka.
Kisah di Jerantut :
Seharian di Jerantut ini (14/5/11), dapat kami ke Pekan Jerantut dan juga selebihnya 'melepak' sahaja di kawasan penginapan. Sebab kat sini ada kolam mandi. Jadi tak adalah yang merungut 'bosan'.
Selepas selesai 'majlis khas' pada (15/5/11), kami berkesempatan ke Taman Negara, 'pusing-pusing' di atas bot sekitar sungai dan seterusnya ke Lubuk Simpon untuk mandi-manda.
Pulang ke KL sekitar jam 8.00 malam melalui jalan lama Jerantut - KL. Bagi saya ia satu 'kesilapan' kerana jarak perjalanan yang agak jauh & suasana malam gelap pekat, dengan lampu jalan yang boleh dibilang dengan jari ... namun ianya jadi pengalaman alam ..
*12 Rabiulawal 1432 - Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Muhammad SAW.