Inspirasi pahit getir perjalanan hidup Syed Mokhtar yang berjaya mengangkat diri dan keluarganya menjadi golongan ternama dan hartawan terkenal di Malaysia. Beliau tidak berpelajaran tinggi, namun memiliki kecekalan hati untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Masih menerusikan kehidupan sederhana dan amat menghargai barang-barang yang pernah digunakannya. Beliau juga membuktikan minat yang mendalam dan kemahiran dalam perniagaan membawa beliau sampai ke tahap kehidupan sekarang.
Syed Mokhtar menggunakan sepenuhnya peluang yang ada padanya. Beliau enggan menerima pendekatan "Ali-Baba" semasa menjalankan perniagaan dengan peniaga-peniaga Cina. Meskipun berada di saat-saat krisis ekonomi, dia masih sanggup mengharungi masa yang sukar dan muncul sebagai salah satu nama besar dalam dunia korporat Malaysia hari ini.
Ditulis oleh Premilla Mohanlall keluaran pVm Communications Sdn. Bhd. pada 2012. Merupakan salah-satu buku motivasi untuk meningkatkan semangat juang dan kesungguhan dalam bidang perniagaan.