Tuesday, May 27, 2008

Dalam Mirhab Cinta – Mahkota Cinta

Ahmad Zul menaiki feri dari Batam ke Pelabuhan Johor dengan tekad untuk mengubah nasib. Ibarat kata, "untung sabut, ia timbul untung kelapa ia tenggelam". Berhijrah memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Begitu kita boleh mengenangkan semula bagaimana kepayahan dan keseksaan yang dialami oleh Nabi Muhammad S.W.T bersama-sama kaumnya dari Mekah ke Madinah. Bezanya penghijrahan Ahmad Zul berseorangan dan ia mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik dan keselamatan terjamin. Semasa merentas samudera luas itu, dia diketemukan dengan Siti Martini (Mar/Mari) yang sudah hampir 4 tahun berpijak di bumi Malaysia.

Memandangkan Ahmad Zul tidak mempunyai tujuan khusus kedatangannya ke Malaysia, dia menurut Siti Martini pulang ke Subang. Siti Martini janda muda itu, bekerja di Kilang Kertas di Subang. Ahmad Zul terpaksa mengikuti Martini setelah panggilan telefonnya kepada seseorang kenalan jauh (kenalan yang belum pernah ditemui dan ’diperkenalkan’ oleh Pak Hasan),tidak dijawab.

Semasa di Subang dia digoda oleh rakan serumah Siti Martini. Demi menjamin memastikan tidak timbul permasalahan besar, dia telah meninggalkan rumah sewa Martini sehelai sepinggang, tanpa mengucapakan terima kasih dan salam perpisahan kepada Martini.

Tuahnya ada kerana apabila membuat panggilan kepada rakan Pak Hasan, dia dapat berbual dengan Pak Rusli. Pak Rusli yang baik hati telah memberikan dia banyak bantuan. Pak Rusli memperkenalkan dengan rakan senegara, mendapatkan bilik sewaan dan memberikan dia semangat untuk menyambung kembali pelajaran. Alhamdullilah jua, dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang saling mengingati kebaikan dan mengjauhi kemungkaran.

Kegigihan Ahmad Zul jelas sekali, dia sanggup belajar sambil bekerja. Kuliah di Universiti Malaya dan kerja sampingan di mana yang memerlukan. Di antaranya beliau sanggup menjadi pelayan kedai dan pelayan hotel untuk mendapatkan duit halal. Pada masa sama Ahmad Zul tetap merindui cinta wanita. Ingatannya kepada Martini yang dtinggalkan di Subang tempoh hari membuatkan kegelisahan teruk melanda jiwanya. Pun bukanlah pertama kali dia begitu, kasihnya pernah dicurahkan kepada Najibah, namun takdir menentukan segalanya, Najibah milik pemuda lain.

Demi menghilangkan rasa kesumat jiwanya terhadap Martini, dia ke Subang bersama seorang rakan, tapi di sebalik hajat sebenar yang ingin dilaksanakan, ternyata perkara lain yang terjadi. Ahmad Zul terpaksa pasrah terhadap suasana menimpa diri.

Dari kekecewaan tersebut, Ahmad Zul tetap bangkit membina semangat teguh dan jati diri yang kuat, yang mana akhirnya dia berjaya memiliki Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya.

Kepada peminat novel/buku cerita, anda bolehlah mengikut kisah selanjutnya berkenaan ”TUAH” Ahmad Zul ini, siapakah wanita yang berjaya menakluki hatinya dan apakah kerjayanya selepas itu. Cerita ini turut disekalikan dengan Dalam Mirhab Cinta – Mahkota Cinta karya Habiburrahman El Shirasy, terbitan Al-Hidayah Publications, 2007.

Dalam Mihrab Cinta - Takbir Cinta Zahrana

Zahrana seorang pensyarah di Kota Semarang tetap setia menagih cinta seorang lelaki bergelar suami. Usia yang semakin meningkat menimbulkan lagi resah dihati. Apakah dia bakal menjadi antartu seperti sebilangan wanita berkerjaya pada masa sekarang? Atau juga akan bergelar seorang isteri? Didesak oleh orang tua nya yang berkepinginan untuk mendapatkan seorang menantu dengan tujuan untuk menjadi pendamping kasih sayang dunia akhirat kepada anak tunggal mereka.

Zahrana bukanlah gadis kampung yang kolot, malahan wanita berkerjaya mulia tersebut pernah menerima beberapa lamaran lelaki. Namun semuanya ditolak dengan alasan tersendiri. Yang terkini adalah cinta seorang pensyarah terhormat di tempat beliau bertugas, Pak Karman. Nyata Pak Karman memang didambakan oleh ramai wanita kerana beliau mempunyai pangkat dan harta kekayaan yang menjamin kehidupan bahagia di dunia.

Namun Zahrana tetap menolak jua lamaran tersebut, kerana beliau sedia maklum dengan perilaku Pak Karman yang suka bersandiwara. Bagi mengelakkan permasalahan lantaran pernolakan lamaran beliau terhadap Pak Karman, Zahrana memutuskan untuk meninggalkan kampus tempatnya bekerja. Memang diakui Zahrana amatlah disenangi dan disegani oleh pensyarah lain dan pelajar-pelajar di kampus berkenaan. Ada di kalangan mereka cuba memujuk beliau untuk terus berada di kampus berkenaan. Zahrana berkeras demi keselamatannya. Antara yang merasa ralat dengan pemergiaan Zahrana adalah Didik Harmadi, Hasan dan Nina.

Akhirnya Zahrana berjaya mengajar di SMT al-Fatah Mranggen, Demak. Semasa di SMT ini, Zahrana tetap dengan harapan dan impian untuk menjadi seorang isteri solehah. Beliau cuba mengagah kaki menemui Pak Kiai untuk menyatakan hajatnya, yang mana mendapat sokongan padu daripada ayahanda tercinta. Rezekinya memang ada, Zahrana diketemukan secara tidak langsung dengan Rahmad, nyata hatinya terpaut. Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya, walaupun Zahrana siap berpakaian pengantin, beliau tetap jadi gadis sunti keesokkan harinya.

Luka lara hatinya tiada siapa mampu mengubati. Hanya berbekalkan kepercayaan ’jodoh pertemuan di tangan Tuhan’, Zahrana masih berada dalam siuman.

Pun begitu penghujung cerita ini memberikan implikasi baik buat Zahrana yang sememangnya mengimpikan suami soleh dan beliau ingin menghambakan diri sebagai isteri solehan.

Siapa sebenarnya yang menjadi pendamping Zahrana, boleh anda ikuti menerusi Dalam Mirhab Cinta, tulisan Habiburrahmman El Shirasy, terbitan Al-Hidayah Publications, 2007.


Magnolia Black Beauty

Renungan Daripada Seorang Sahabat

Wanita Daripada Tulang Rusuk Lelaki!
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit dihatinya. Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamutidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan jugaberteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!! "Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yangtelah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang airmata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akankembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan..... Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan.Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
- Sekian -

Salam Hormat

Khas untuk sahabat-sahabat yang dikenali .... x-UKM1995/98, MITSK2004/06 dll.

Monday, May 5, 2008

Pondok Ad-Diniah Triang Pahang 3 - 4 Mei 2008

Pondok ini menempatkan warga emas yang ingin mendalami keagamaan.