Tuesday, May 27, 2008

Dalam Mihrab Cinta - Takbir Cinta Zahrana

Zahrana seorang pensyarah di Kota Semarang tetap setia menagih cinta seorang lelaki bergelar suami. Usia yang semakin meningkat menimbulkan lagi resah dihati. Apakah dia bakal menjadi antartu seperti sebilangan wanita berkerjaya pada masa sekarang? Atau juga akan bergelar seorang isteri? Didesak oleh orang tua nya yang berkepinginan untuk mendapatkan seorang menantu dengan tujuan untuk menjadi pendamping kasih sayang dunia akhirat kepada anak tunggal mereka.

Zahrana bukanlah gadis kampung yang kolot, malahan wanita berkerjaya mulia tersebut pernah menerima beberapa lamaran lelaki. Namun semuanya ditolak dengan alasan tersendiri. Yang terkini adalah cinta seorang pensyarah terhormat di tempat beliau bertugas, Pak Karman. Nyata Pak Karman memang didambakan oleh ramai wanita kerana beliau mempunyai pangkat dan harta kekayaan yang menjamin kehidupan bahagia di dunia.

Namun Zahrana tetap menolak jua lamaran tersebut, kerana beliau sedia maklum dengan perilaku Pak Karman yang suka bersandiwara. Bagi mengelakkan permasalahan lantaran pernolakan lamaran beliau terhadap Pak Karman, Zahrana memutuskan untuk meninggalkan kampus tempatnya bekerja. Memang diakui Zahrana amatlah disenangi dan disegani oleh pensyarah lain dan pelajar-pelajar di kampus berkenaan. Ada di kalangan mereka cuba memujuk beliau untuk terus berada di kampus berkenaan. Zahrana berkeras demi keselamatannya. Antara yang merasa ralat dengan pemergiaan Zahrana adalah Didik Harmadi, Hasan dan Nina.

Akhirnya Zahrana berjaya mengajar di SMT al-Fatah Mranggen, Demak. Semasa di SMT ini, Zahrana tetap dengan harapan dan impian untuk menjadi seorang isteri solehah. Beliau cuba mengagah kaki menemui Pak Kiai untuk menyatakan hajatnya, yang mana mendapat sokongan padu daripada ayahanda tercinta. Rezekinya memang ada, Zahrana diketemukan secara tidak langsung dengan Rahmad, nyata hatinya terpaut. Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya, walaupun Zahrana siap berpakaian pengantin, beliau tetap jadi gadis sunti keesokkan harinya.

Luka lara hatinya tiada siapa mampu mengubati. Hanya berbekalkan kepercayaan ’jodoh pertemuan di tangan Tuhan’, Zahrana masih berada dalam siuman.

Pun begitu penghujung cerita ini memberikan implikasi baik buat Zahrana yang sememangnya mengimpikan suami soleh dan beliau ingin menghambakan diri sebagai isteri solehan.

Siapa sebenarnya yang menjadi pendamping Zahrana, boleh anda ikuti menerusi Dalam Mirhab Cinta, tulisan Habiburrahmman El Shirasy, terbitan Al-Hidayah Publications, 2007.

No comments: