Tuesday, April 10, 2012

Kerana Dia Cinta

Mengisahkan perkahwinan paksa di antara Nurjiha Amani(Gia) Datuk Aiman dengan Rayyan Al-Haimi(Ryan) Tan Sri Mukriz.Rayan menerima Gia atas faktor untuk memperluaskan empayar perniagaan keluarganya, manakala Gia cuba mencari cinta sejati dalam sebuah rumahtangga. Meskipun pada awalnya cinta Ryan hanya atas alasan 'pembesaran' perniagaan, namun akhirnya Ryan jatuh cinta kepada Gia,namun kecelaruan oleh sang sahabat membuatkan ia alpa pada si isteri yang juga mulai membangkitkan CINTA sejati.

Kesilapan ini terus menghancur luluhkan hati Gia, apabila dia menyedari kasih suaminya dirampas oleh Dena, yang memang menjadi musuh dalam selimutnya.Bagi memastikan kekecewa dirinya terubat, Gia meminta hubungan diputuskan dan Ryan terpaksa merelakan setelah berasa amat bersalah di atas kecuaiannya sendiri dalam membina keluarga bahagia.

Hampir dua tahun Gia menghilang diri ke UK, mengubah imejnya kepada Amani dan kembali ke tanah air dengan mendapat CINTA baru daripada Haziq (Zeek) Hidayat yang dikenali hanya untuk tempoh tiga bulan. Huluran CINTA daripada Zeek disambut penuh kemesraan menjadikan mereka pasangan suami-isteri bahagia.

Tempoh masa 'kehilangan' Gia, Ryan 'gila bayang', tapi kesudahannya kekecewaan Ryan sedikit terubat dengan hadirnya Nurjiha Raihanna..... pengikat kasihnya terhadap Gia ............ Karya Izza Aripin.

No comments: