Mengisahkan
semangat perjuangan Najma Nainawa yang berkeinginan tinggi untuk menuntut ilmu
ke menara gading dan meninggalkan sekolah pondok Karang Mujahidin yang
diusahakan oleh bapanya, Kiai Habib Muhammad. Pada pandangan Najwa, belajar di
sekolah pondok tidak memberikan beliau ruang untuk mengecapi dunia luar yang
mencabar. Mendapat tentangan hebat daripada bapanya, namun direstui jua apabila
dia berjanji untuk tetap berakhlak sebagai NAJMA NAINAWA anak Kial Habib
Muhammad dan Asiyah dan membangunkan sekoloh pondok bapanya apabila tamat
pengajian di Universiti Yogyakarta. Menjadi seorang pelajar cemerlang dan
disenangi oleh rakan dan pensyarahnya, impian Najma mampu dibuktikan kepada
kedua orang tuanya. Beliau bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran bahkan aktiviti
kurikulum di universiti.
Pensyarah di
fakultinya, Azwan Azizy adalah pencetus semangat untuk beliau belajar dengan
penuh dedikasi. Itulah muazin subuh yang sumber inspirasi Najma semasa di
universiti. Apatah lagi muazin itu berjaya didekatinya dan banyak membantu
dalam urusan pengkuliahan dan aktiviti kurikulumnya. Menaruh harapan yang
tinggi untuk menjadikan muazin sebagai kapten hidupnya, namun Najma menerima
tamparan hebat apabila, muazin subuh itu milik kakak angkatnya.
Mendokong watak
sampingan pula adalah Zahra Aulia yang dikahwinkan oleh bapa mereka dengan Kiai
Chudlori yang seusia bapanya sebagai isteri ketiga. Ketaatan kakaknya itu juga yang
telah memberikan semangat untuk Najwa berusaha untuk keluar dengan mencari
makna hidup sendiri dan tidak dikongkong keluarga. Berpisah dengan keluarga
Kiai Chudlori, Zahra Aulia disambut oleh
Saifulloh untuk melayari bahtera rumah tangga. Jejaka yang diharapnya setia
hingga ke hujung nyawa, pun begitu juga Zahra masih ralitnya dirundung duka.
Apakah harapan ibu
bapa terus-menerus disanggahi oleh Najma?
Apakah Karang
Mujahidin mampu diubah menjadi sekolah pondok yang moden?
Apakah muazin subuh
juga memiliki perasaan sama seperti Najma?
Karya: Atim Ranjana