Sunday, July 13, 2014

Melodi Terakhir Muazin Subuh



Mengisahkan semangat perjuangan Najma Nainawa yang berkeinginan tinggi untuk menuntut ilmu ke menara gading dan meninggalkan sekolah pondok Karang Mujahidin yang diusahakan oleh bapanya, Kiai Habib Muhammad. Pada pandangan Najwa, belajar di sekolah pondok tidak memberikan beliau ruang untuk mengecapi dunia luar yang mencabar. Mendapat tentangan hebat daripada bapanya, namun direstui jua apabila dia berjanji untuk tetap berakhlak sebagai NAJMA NAINAWA anak Kial Habib Muhammad dan Asiyah dan membangunkan sekoloh pondok bapanya apabila tamat pengajian di Universiti Yogyakarta. Menjadi seorang pelajar cemerlang dan disenangi oleh rakan dan pensyarahnya, impian Najma mampu dibuktikan kepada kedua orang tuanya. Beliau bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran bahkan aktiviti kurikulum di universiti.

Pensyarah di fakultinya, Azwan Azizy adalah pencetus semangat untuk beliau belajar dengan penuh dedikasi. Itulah muazin subuh yang sumber inspirasi Najma semasa di universiti. Apatah lagi muazin itu berjaya didekatinya dan banyak membantu dalam urusan pengkuliahan dan aktiviti kurikulumnya. Menaruh harapan yang tinggi untuk menjadikan muazin sebagai kapten hidupnya, namun Najma menerima tamparan hebat apabila, muazin subuh itu milik kakak angkatnya.

Mendokong watak sampingan pula adalah Zahra Aulia yang dikahwinkan oleh bapa mereka dengan Kiai Chudlori yang seusia bapanya sebagai isteri ketiga. Ketaatan kakaknya itu juga yang telah memberikan semangat untuk Najwa berusaha untuk keluar dengan mencari makna hidup sendiri dan tidak dikongkong keluarga. Berpisah dengan keluarga Kiai Chudlori, Zahra Aulia  disambut oleh Saifulloh untuk melayari bahtera rumah tangga. Jejaka yang diharapnya setia hingga ke hujung nyawa, pun begitu juga Zahra masih ralitnya dirundung duka.

Apakah harapan ibu bapa terus-menerus disanggahi oleh Najma?
Apakah Karang Mujahidin mampu diubah menjadi sekolah pondok yang moden?
Apakah muazin subuh juga memiliki perasaan sama seperti Najma?

Karya: Atim Ranjana

No comments: