Perjalanan dimulai jam 10.00 pagi, mengambil laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), memasuki Tol Gombak dan keluar di Tol Lancang. Pada persimpangan sebelah kanan, kami menuju terus ke Kuala Gandah. Tiba di sana sekitar 12.00 tengahari. Mendaftar sebagai pengunjung kawasan tersebut di kaunter masuk muzium. Kemudian kami bersarapan pagi dan makan tengahari di taman mini, di sekitar kawasan tersebut dan membuat lawatan ke Muzium Gajah , seterusnya melihat tayangan video.
Sambil menunggu jam 2.00 petang di kawasan lapangan gajah, kami memerhati gajah-gajah tersebut berehat dengan tenang.
Sambil menunggu jam 2.00 petang di kawasan lapangan gajah, kami memerhati gajah-gajah tersebut berehat dengan tenang.
Jam 2.00 petang, gajah dikeluarkan dari kandangnya dan dibawa ke sungai berhampiran. Sebanyak 6 ekor gajah dikawal oleh 6 pekerja dan di bawa ke sungai kecil tersebut. Gajah-gajah tersebut dimandikan oleh pekerja & juga para pengunjung. Selepas itu, gajah di tempatkan di kawasan lain untuk diberikan makanan. Para pengujung boleh serta memberikan makanan pada gajah berupa tebu, batang pisang dll. Selesai makan, gajah diturunkan semula ke sungai untuk memberi peluang haiwan ini mandi sekali lagi dan bermain-main dengan pengunjung. Pengunjung dibenarkan menaiki belakang gajah dan gajah akan berjalan dalam semeter, kemudian menterbalikkan dirinya ke dalam air, dan ini menyebabkan ’penumpang’ gajah tersebut akan jatuh ke sungai berkenaan.
Pada masa yang sama anak-anak mengambil peluang bermain pasir dan mandi2 di sungai kecil tersebut.
Sekitar 4.00 petang kami mula berangkat pulang setelah memerhatikan secara dekat gajah-gajah tersebut makan. Kami singgah di Deerland, berjarak dalam 5 km dari kawasan gajah tersebut. InsyaAllah kami akan ke Deerland suatu hari nanti.
Pulang menerusi jalan biasa, Raub, Karak & Bentong. Pemandang masih indah dengan pohon-pohon menghijau, walaupun sebahagiannya bukan lagi hutan-hutan kecil, sebaliknya adalah kebun kelapa sawit / getah dan dusun buah-buahan penduduk tempatan.
Kuala Gandah dalam lipatan kenangan "GAJAH" ....
Gajah di sini hidup lebih selesa & tidak ’terperangkap’ seperti di hidup zoo. Mereka masih mempunyai kawasan yang agak bebas untuk bergerak.
Terima kasih kepada smua penjaga gajah Kuala Gandah yang sudi memelihara haiwan tersebut dengan penuh dedikasi.
THE MALAYSIAN ELEPHANT CENTRE AT KUALA GANDAH (PAHANG)
No comments:
Post a Comment