Wednesday, July 16, 2008

Yayasan Jenderami, Selangor 12 - 13 Julai 2008

Yayasan Jenderami menempatkan warga emas & anak-anak yatim. Tempat ini telah dipermodenkan dengan sebahagian besarnya bangunannya didirikan bersimen, tidak lagi menggunakan papan. Masih lagi dilitupi dengan suasana kehijauan kampung dan di sekitar yayasan ini pada pendapat saya adalah rumah-rumah ahli pengurusan yayasan berkenaan.

Kami tiba di yayasan sekitar jam 2.00 petang dan menggunakan bilik no. 3, Jenderami Inn. Bilik ini mempunyai balkoni dan ia menghadap ke masjid, dengan harag RM 90, dua hari satu malam.

Sekitar jam 4.00 petang, kami turun ke bawah melihat suasana persekitaran kawasan berkenaan. Ia menepatkan sebuah Masjid Madrasah Al-Jenderami, Koperasi Barakah Berhad, The Bistro (ruang makan), Asrama anak yatim & warga tua, tempat-tempat pengajian. Selepas Asar, kami mengambil keputusan untuk ’menjelajahi’ perkampungan tersebut sambil menghirup udara segar. Pada suatu rumah penduduk tempatan, kami ditawarkan dengan buah rambutan yang sedang diambil dari pokok di halaman rumah beliau. Sambil berjalan-jalan tersebut, kami memakan rambutan berkenaan.

Malam hari, ada majlis keagamaan dan tetamu dijamukan dengan nasi berlauk gulai kambing.

Hari kedua :
Telusuri kawasan Nur Bukit Unggul dan bersarapan pagi di Bandar Baru Bangi : De Bangi Restoran & ke taman permainan kanak-kanak Perkampung Bukit Puteri UKM (rumah kakitangan UKM).Kemudian menyelusuri pulang ke yayasan dengan singgah di Tasik Impian – kawasan memancing & medan makan (tempat ini juga menaraik dengan tasiknya yang agak luas dan menyediakan perkhidmatan bot) dan juga Bukit Unggul (kawasan permainan golf).

Kami pulang selepas zuhur dengan melalui kawasan Bangi Lama – Putrajaya – Serdang & Sungai Besi.

Semoga khidmat bakti pihak pengurusan kepada warga tua & anak-anak yatim diberkati Allah. Amin.

YAYASAN AL-JENDERAMI
http://www.aljenderami.com.my

Monday, July 7, 2008

Kuala Gandah, Lancang, Pahang 5 Julai 2008

Perjalanan dimulai jam 10.00 pagi, mengambil laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), memasuki Tol Gombak dan keluar di Tol Lancang. Pada persimpangan sebelah kanan, kami menuju terus ke Kuala Gandah. Tiba di sana sekitar 12.00 tengahari. Mendaftar sebagai pengunjung kawasan tersebut di kaunter masuk muzium. Kemudian kami bersarapan pagi dan makan tengahari di taman mini, di sekitar kawasan tersebut dan membuat lawatan ke Muzium Gajah , seterusnya melihat tayangan video.

Sambil menunggu jam 2.00 petang di kawasan lapangan gajah, kami memerhati gajah-gajah tersebut berehat dengan tenang.

Jam 2.00 petang, gajah dikeluarkan dari kandangnya dan dibawa ke sungai berhampiran. Sebanyak 6 ekor gajah dikawal oleh 6 pekerja dan di bawa ke sungai kecil tersebut. Gajah-gajah tersebut dimandikan oleh pekerja & juga para pengunjung. Selepas itu, gajah di tempatkan di kawasan lain untuk diberikan makanan. Para pengujung boleh serta memberikan makanan pada gajah berupa tebu, batang pisang dll. Selesai makan, gajah diturunkan semula ke sungai untuk memberi peluang haiwan ini mandi sekali lagi dan bermain-main dengan pengunjung. Pengunjung dibenarkan menaiki belakang gajah dan gajah akan berjalan dalam semeter, kemudian menterbalikkan dirinya ke dalam air, dan ini menyebabkan ’penumpang’ gajah tersebut akan jatuh ke sungai berkenaan.

Pada masa yang sama anak-anak mengambil peluang bermain pasir dan mandi2 di sungai kecil tersebut.

Sekitar 4.00 petang kami mula berangkat pulang setelah memerhatikan secara dekat gajah-gajah tersebut makan. Kami singgah di Deerland, berjarak dalam 5 km dari kawasan gajah tersebut. InsyaAllah kami akan ke Deerland suatu hari nanti.

Pulang menerusi jalan biasa, Raub, Karak & Bentong. Pemandang masih indah dengan pohon-pohon menghijau, walaupun sebahagiannya bukan lagi hutan-hutan kecil, sebaliknya adalah kebun kelapa sawit / getah dan dusun buah-buahan penduduk tempatan.

Kuala Gandah dalam lipatan kenangan "GAJAH" ....

Gajah di sini hidup lebih selesa & tidak ’terperangkap’ seperti di hidup zoo. Mereka masih mempunyai kawasan yang agak bebas untuk bergerak.

Terima kasih kepada smua penjaga gajah Kuala Gandah yang sudi memelihara haiwan tersebut dengan penuh dedikasi.
THE MALAYSIAN ELEPHANT CENTRE AT KUALA GANDAH (PAHANG)

Monday, June 30, 2008

Taman Alam Kuala Selangor 28 - 29 Jun 2008

Kami bertolak seawal 7.00 pagi dan tiba di Taman Alam sekitar 9.00 pagi. Matahari yang baru perlahan-lahan muncul, menyebabkan rasa panas terik belum terasa. Selepas daftar masuk ke chalet Taman Alam (kami menyewa 2 buah chalet), kami ke kedai makan untuk bersarapan pagi. Selesai bersarapan kami menyusuri kedai-kedai di sekitar pekan kecil tersebut. Ada beberapa cenderahati dibeli untuk anak-anak.

Sekitar jam 11 pagi kami mengambil kesempatan menaiki keretapi yang disediakan untuk ke Bukit Malawati. Tiba di puncak bukit, kami disambut ’meriah’ oleh monyet-monyet. Rasa takut dan gerun kerana bimbang haiwan berkenaan mengigit dan menganggu kami. Di situ, ada penjual yang sememangnya menjual kacang panjang yang siap dipotong-potong dengan harga RM2 seikat untuk diberi makan kepada monyet berkenaan. Selanjutnya kami ke Muzium Bukit Malawati yang menempatkan pelbagai sejarah tempat berkenaan. Satu jam kami di situ, kami turut semula ke pintu utama dengan menaiki keretapi yang datang berikutnya.

Seterusnya kami pulang ke chalet dengan hasrat merehatkan badan. Pukul tiga petang kami menjelajahi kawasan hutan simpan dan sempat menaiki Menara Peninjau. Ketika itu, terdapat sukarelawan yang sedang membuat lakaran beberapa jenis burung. Menerusi Menara Peninaju tersebut kami dapat melihat hampir keseluruhan tempat tersebut.

Pada awalnya saya menjangkakan bahawa kawasan tersebut tidak seluas mana, jadi bekalan air minuman tidak di bawa sekali. Anak-anak mula menjerit-jerit dan mula membuat pelbagai aksi membosan kerana penat dan dahaga. Oleh itu, pada hari tersebut kami hanya berjalan satu suku di kawasan seluas itu .

Senja menjelang maghrib kami memanjat lagi Bukit Malawati menggunakan tangga yang disediakan. Rupanya di sana amat ramai orang yang memang sedia menunggu untuk melihat matahari melabuhkan dirinya dan membiarkan malam menjelma.

Keesokan pagi kami sekali lagi kami sekali lagi ke kawasan hutan simpan berkenaan dan menjelang hampir keseluruh tempat berkenaan. Sempat menemui beberapa burung besar (mungkin bangau) dan binatang rimba yang lain.

Semasa pulang ke chalet kami sempat memetik seikat besar daun paku merah untuk di bawa pulang ke rumah.(dalam dua tiga kali juga saya memasak bubur lambuk Terengganu dengan daun-daun paku tersebut. Bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada petang hari ...

Tuesday, June 17, 2008

Catatan Emel : Biar Minyak Naik, Jangan 'Naik Minyak'

Posted by: "eksekutif suri" eksekutifsuri@ yahoo.com. my eksekutifsuri
Thu Jun 12, 2008 8:22 pm (PDT)

****Untuk tatapan sahabat2 yang senasib yang tak le miskin sangat tapi tak juga kaya-kaya... semoga sama2 dapat manfaat.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sesak lagi menyesakkan. .lagi difikir lagi menyesakkan fikiran. Ditambah pula dgn kesesakan lalu lintas yg terpaksa ditempuhi ..dan ada saja kemalangan & pertengkaran berlaku setiap hari di jalan raya...semuanya berlaku di depan mata anak2..
Ada rakan2 yg tk pernah bercakap kasar sudah pandai memaki hamun.
Semuanya sensitif saat ini...sampai bila kita nak biarkan keadaan ini? Jangan sampai keadaan ini menggoyahkan rumahtangga kita sendiri...nauzubill ah. Ingatlah anak2 memerhatikan kita.

Jom..kita sama2 berkongsi tips & nasihat ke arah yg lebih positif. Kita cungkil apakah hikmah di sebalik musibah kenaikan harga minyak & barang2 lain...dlm keadaan sebegini sesiapa pun boleh naik minyak..DEMI CINTA kita pertahankan keutuhan keluarga kita..

1. Cinta Pada Allah

Perkukuhkan ikatan cinta kita pada Allah. Hanya padanya tempat bergantung & minta pertolongan. Mengadulah pada Allah segala masalah kita, kerana Allah Maha Mendengar. Perteguhkan solat lima waktu dan perbanyakkan solat sunat. Cuba luangkan masa dlm 5 minit utk solat dhuha setiap pagi sblm mulakan kerja.

Berdoalah dengan yakin..rezeki di tangan Allah. Mohon pada Allah dimurahkan rezeki, dicukupkan rezeki & sihat sejahtera agar dapat kita tunaikan segala amanah Allah dengan sempurna. Jangan lupa berdoa agar Allah membersihkan rezeki kita jika ada unsur haram di dalamnya..dengan ini kita akan reda dengan apa sahaja musibah yg melanda.

Berpuasa apabila mampu..latihkan diri bangun malam utk bertahajud & bersahur. Paling kurang berpuasa setiap Isnin Khamis. Bukan sahaja kita dpt berjimat malah dpt memperkukuhkan keimanan kita & menyuburkan hati..

2. Susah senang bersama

Sekiranya kita saling memahami & memberi sokongan walau dlm keadaan susah sekalipun, tautan kasih kita akan bertambah erat. Jangan sesekali saling menyalahi pasangan masing2. Saat sebegini banyak hati perlu dijaga. Bersama berbincang & memberi sokongan utk menyusun semula perancangan ekonomi keluarga. Andainya salah seorang drp kita tidak mampu, jgn bebankan fikiran & mengguris perasaannya. .begitu juga sebaliknya.

Ada hikmah di sebalik segala musibah ...saya pernah "jatuh miskin" tebih teruk lagi bahangnya drp keadaan hari ini. Keperitan ini kami lalui bersama..dan keadaan ini mengeratkan lagi kasih sayang kami sekeluarga. Walaupun badai datang pada setiap arah, dan beberapa kali jatuh ditimpa tangga...tp hasilnya..ikatan kekeluargaan kami semakin teguh.Setiap masalah yg menimpa kita leraikan bersama..anak2 perlu terlibat sama agar dpt membentuk peribadi utuh & menjadi insan yg bertanggungjawab. .bukan lepas tangan & bukan lari drp masalah.

3. Pandanglah ke bawah, jangan mendongak ke atas

Biar..biarkan pihak atasan dgn kerenah mereka..masing2 ada balasan di akhirat nanti. Cuba pandang ke bawah..lihat fakir miskin yg lagi tertekan yg hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apakah yg ada pd mereka selain ketabahan & ketakwaan pd Allah?
Kita sering merintih tidak boleh mengubah cara hidup @ tiada lagi cara utk berjimat kerana rezeki kita "cukup-cukup" . Tapi tahap "cukup-cukup" bg setiap orang berbeza. Ada org cukuplah dgn sarapan sekeping roti & teh dlm kos RM3, tp ada orang cukup2 dgn sarapan secawan kopi & sepotong kek yg mencecah RM20!
Ada yg merintih tak cukup duit tp barangan yg dibeli drp baju anak hingga anak baju semuanya berjenama & mahal2..tapi ada yg cukup sekadar memakai baju yg harganya RM10 sahaja.
Ukurlah baju di badan sendiri...kita sendiri tahu tahap kemampuan kita berbelanja.

4. Terus ceria, hindarkan stress..

Anak2 turut terkena tempias..jangan bebankan fikiran si kecil itu. Berjimat bukan bererti menyekat segala aktiviti & membuat catuan makanan.Kita bincang bersama secara santai dan terangkan kepada mereka kenapa kita perlu berjimat. Yang penting kita perlu ada alternatif lain..
Jom kita masak2 kt rumah..libatkan anak2 sekali. Klu mereka suka makan pizza, kek, donat etc...kita sama2 adun dan biarlah mereka hias sendiri..klu dapat pula dibawa sbg bekal ke sekolah lg seronok..maklumlah hasil tangan sendiri.
Bawa bekal..ya..cubalah sedaya upaya sekiranya ada kesempatan. Sekurang2 seminggu sekali. Atau sekadar bekal utk sarapan..sudah lepas belanja sarapan suami isteri & anak2.

5. Beriadah bersama keluarga

Kita tidak perlu bertapa di rumah sahaja...anak2 pasti bosan & memberontak. Jadikan aktiviti keluarga meriah & meninggalkan kenangan manis kepada anak2. Tidak perlu pergi jauh2 @ ke tempat yg mahal2..
Kita boleh bersama2 anak2 "bermain air" di halaman pada hujung minggu. Sambil2 basuh kereta & basuh kasut... takat mana je bil air berbanding kita perlu bayar jika "bermain air" di wet world etc..
Kita juga boleh beriadah ke tempat2 yg percuma..banyak taman mainan yg besar2 di KL & Shah Alam. Air terjun & mandi sungai di Templer Park, Ulu Yam, KLCC..atau bayar sikit utk mandi air terjun FIRIM. Atau bermain layang-layang di taman..

Jadikan juga bertani sbg aktiviti keluarga...Tak ada tanah? kita tanam shj dlm pasu..apa2 shj tanaman yg boleh dimakan..serai, halia, kunyit, cili, pandan, bawang (utk daun bawang) etc. Walaupun pd mata kita jimat brp RM shj..tetapi jika dikumpul..banyak juga jimatnya.

6. Manfaatkan kesempatan, bukan ambil kesempatan!

Manfaatkan setiap peluang yg ada..kita kerap menerima sample percuma, kupon, mata ganjaran kad kredit & pelbagai jenis kad, baucer etc tapi kerap juga kita terlupa & tangguhkan hingga expired.. byk kelab percuma utk pembeli susu anak etc..dan kerap juga promosi & baucer potongan dikirimkan.. nah! manfaatkanlah wpun mungkin cuma jimat RM1 satu pek susu..

Pantry di pejabat..apa yg disediakan di pejabat adalah utk kegunaan pekerjanya. Berapa kerap kita minum di pejabat berbanding minum di restoran sewaktu masa bekerja..pagi umpamanya? Klu ada biskut, kopi & teh di pejabat, sekurang-kurangnya kita sudah dapat jimat untuk kos sarapan @ minum petang.
Kalau ada pula rakan2 sepejabat yg boleh pula berkongsi @ bergilir masak utk dijadikan bekal makan tengah hari..lagi jimat..
Tapi ingat..jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Kita perlulah sama2 memberi & menerima.

Manfaatkan peluang yg ada utk tambah pendapatan.. klu ada bakat menulis @
menterjemah, membina laman web etc manfaatkanlah. Banyak perniagaan yg tidak perlu modal besar sekarang ini.
Tapi ingat..jangan sampai mengganggu masa kerja di pejabat.

7. Berbanyaklah bersedekah & menabung

Kita tak akan jatuh miskin bila bersedekah.. itu janji Allah..Allah akan cukupkan rezeki kita. Tak perlu banyak tapi biarlah istiqamah..tak ada harta, kita sedekah masa & tenaga. Latih anak2 kita utk ringan tulang membantu anak2 yatim & fakir miskin. Percayalah.. kita akan dapat rasakan ketenangan & kepuasan yg tk terucap jika kita dapat bantu orang lain yg susah. Yg paling penting kita akan memperolehi keberkatan-Nya, dan Allah akan membalas sedekah kita dgn rezeki yg berlipat ganda.. bukan sahaja rezeki harta benda. malah rezeki kesihatan, kebahagian etc..

Jadikan menabung amalan sekeluarga klu boleh setiap hari.. 10 sen, 50 sen, RM1..terpulanglah. Ada tabung khas utk keluarga, tabung anak2, tabung hasil penat lelah, tabung utk bersedekah etc..atau cuma satu tabung utk satu keluarga pun cukuplah.

Cuba kita kumpul duit yg sepatutnya kita belanjakan utk makan setiap hari itu kita simpan, gantikan dgn bekal dr rumah, begitu juga duit yg kita jimat hasil bertanam sendiri, beriadah di tempat percuma dan sebagainya.. .latih anak2 menabung duit belanja mereka..bila hujung bulan kita boleh lihat berapa banyak kita boleh jimat!

Semoga apa yg dibincangkan ini dapat memberi manfaat utk semua..kita cuba sedaya upaya kita. Saya berpesan utk diri saya sendiri sebenarnya.
Sama2 kita kembali kepada pengertian asal pepatah Melayu: Rezeki secupak tidak akan jadi segantang..sebenarnya bermaksud: Seandainya kita berusaha utk secupak, secupaklah kita dapat; jika kita lipat gandakan rezeki kita utk segantang maka segantanglah kita dapat...Wassalam

elly 012-3614014
BIOSIRIH COSMETICS
http://eksekutifsur i.com
Buku,Serunding, Takaful Ikhlas
Langsir/kusyen Elyza's
Sewa Harian KL/S.Alam/Cameron

Wednesday, June 11, 2008

Eye One Malaysia - Tasik Titiwangsa 4 Jun 2008










Di puncak "eye one malaysia !!"

Tuesday, May 27, 2008

Dalam Mirhab Cinta – Mahkota Cinta

Ahmad Zul menaiki feri dari Batam ke Pelabuhan Johor dengan tekad untuk mengubah nasib. Ibarat kata, "untung sabut, ia timbul untung kelapa ia tenggelam". Berhijrah memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Begitu kita boleh mengenangkan semula bagaimana kepayahan dan keseksaan yang dialami oleh Nabi Muhammad S.W.T bersama-sama kaumnya dari Mekah ke Madinah. Bezanya penghijrahan Ahmad Zul berseorangan dan ia mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik dan keselamatan terjamin. Semasa merentas samudera luas itu, dia diketemukan dengan Siti Martini (Mar/Mari) yang sudah hampir 4 tahun berpijak di bumi Malaysia.

Memandangkan Ahmad Zul tidak mempunyai tujuan khusus kedatangannya ke Malaysia, dia menurut Siti Martini pulang ke Subang. Siti Martini janda muda itu, bekerja di Kilang Kertas di Subang. Ahmad Zul terpaksa mengikuti Martini setelah panggilan telefonnya kepada seseorang kenalan jauh (kenalan yang belum pernah ditemui dan ’diperkenalkan’ oleh Pak Hasan),tidak dijawab.

Semasa di Subang dia digoda oleh rakan serumah Siti Martini. Demi menjamin memastikan tidak timbul permasalahan besar, dia telah meninggalkan rumah sewa Martini sehelai sepinggang, tanpa mengucapakan terima kasih dan salam perpisahan kepada Martini.

Tuahnya ada kerana apabila membuat panggilan kepada rakan Pak Hasan, dia dapat berbual dengan Pak Rusli. Pak Rusli yang baik hati telah memberikan dia banyak bantuan. Pak Rusli memperkenalkan dengan rakan senegara, mendapatkan bilik sewaan dan memberikan dia semangat untuk menyambung kembali pelajaran. Alhamdullilah jua, dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang saling mengingati kebaikan dan mengjauhi kemungkaran.

Kegigihan Ahmad Zul jelas sekali, dia sanggup belajar sambil bekerja. Kuliah di Universiti Malaya dan kerja sampingan di mana yang memerlukan. Di antaranya beliau sanggup menjadi pelayan kedai dan pelayan hotel untuk mendapatkan duit halal. Pada masa sama Ahmad Zul tetap merindui cinta wanita. Ingatannya kepada Martini yang dtinggalkan di Subang tempoh hari membuatkan kegelisahan teruk melanda jiwanya. Pun bukanlah pertama kali dia begitu, kasihnya pernah dicurahkan kepada Najibah, namun takdir menentukan segalanya, Najibah milik pemuda lain.

Demi menghilangkan rasa kesumat jiwanya terhadap Martini, dia ke Subang bersama seorang rakan, tapi di sebalik hajat sebenar yang ingin dilaksanakan, ternyata perkara lain yang terjadi. Ahmad Zul terpaksa pasrah terhadap suasana menimpa diri.

Dari kekecewaan tersebut, Ahmad Zul tetap bangkit membina semangat teguh dan jati diri yang kuat, yang mana akhirnya dia berjaya memiliki Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya.

Kepada peminat novel/buku cerita, anda bolehlah mengikut kisah selanjutnya berkenaan ”TUAH” Ahmad Zul ini, siapakah wanita yang berjaya menakluki hatinya dan apakah kerjayanya selepas itu. Cerita ini turut disekalikan dengan Dalam Mirhab Cinta – Mahkota Cinta karya Habiburrahman El Shirasy, terbitan Al-Hidayah Publications, 2007.

Dalam Mihrab Cinta - Takbir Cinta Zahrana

Zahrana seorang pensyarah di Kota Semarang tetap setia menagih cinta seorang lelaki bergelar suami. Usia yang semakin meningkat menimbulkan lagi resah dihati. Apakah dia bakal menjadi antartu seperti sebilangan wanita berkerjaya pada masa sekarang? Atau juga akan bergelar seorang isteri? Didesak oleh orang tua nya yang berkepinginan untuk mendapatkan seorang menantu dengan tujuan untuk menjadi pendamping kasih sayang dunia akhirat kepada anak tunggal mereka.

Zahrana bukanlah gadis kampung yang kolot, malahan wanita berkerjaya mulia tersebut pernah menerima beberapa lamaran lelaki. Namun semuanya ditolak dengan alasan tersendiri. Yang terkini adalah cinta seorang pensyarah terhormat di tempat beliau bertugas, Pak Karman. Nyata Pak Karman memang didambakan oleh ramai wanita kerana beliau mempunyai pangkat dan harta kekayaan yang menjamin kehidupan bahagia di dunia.

Namun Zahrana tetap menolak jua lamaran tersebut, kerana beliau sedia maklum dengan perilaku Pak Karman yang suka bersandiwara. Bagi mengelakkan permasalahan lantaran pernolakan lamaran beliau terhadap Pak Karman, Zahrana memutuskan untuk meninggalkan kampus tempatnya bekerja. Memang diakui Zahrana amatlah disenangi dan disegani oleh pensyarah lain dan pelajar-pelajar di kampus berkenaan. Ada di kalangan mereka cuba memujuk beliau untuk terus berada di kampus berkenaan. Zahrana berkeras demi keselamatannya. Antara yang merasa ralat dengan pemergiaan Zahrana adalah Didik Harmadi, Hasan dan Nina.

Akhirnya Zahrana berjaya mengajar di SMT al-Fatah Mranggen, Demak. Semasa di SMT ini, Zahrana tetap dengan harapan dan impian untuk menjadi seorang isteri solehah. Beliau cuba mengagah kaki menemui Pak Kiai untuk menyatakan hajatnya, yang mana mendapat sokongan padu daripada ayahanda tercinta. Rezekinya memang ada, Zahrana diketemukan secara tidak langsung dengan Rahmad, nyata hatinya terpaut. Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya, walaupun Zahrana siap berpakaian pengantin, beliau tetap jadi gadis sunti keesokkan harinya.

Luka lara hatinya tiada siapa mampu mengubati. Hanya berbekalkan kepercayaan ’jodoh pertemuan di tangan Tuhan’, Zahrana masih berada dalam siuman.

Pun begitu penghujung cerita ini memberikan implikasi baik buat Zahrana yang sememangnya mengimpikan suami soleh dan beliau ingin menghambakan diri sebagai isteri solehan.

Siapa sebenarnya yang menjadi pendamping Zahrana, boleh anda ikuti menerusi Dalam Mirhab Cinta, tulisan Habiburrahmman El Shirasy, terbitan Al-Hidayah Publications, 2007.


Magnolia Black Beauty

Renungan Daripada Seorang Sahabat

Wanita Daripada Tulang Rusuk Lelaki!
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit dihatinya. Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamutidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan jugaberteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!! "Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yangtelah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang airmata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akankembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan..... Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan.Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
- Sekian -

Salam Hormat

Khas untuk sahabat-sahabat yang dikenali .... x-UKM1995/98, MITSK2004/06 dll.

Monday, May 5, 2008

Pondok Ad-Diniah Triang Pahang 3 - 4 Mei 2008

Pondok ini menempatkan warga emas yang ingin mendalami keagamaan.

Monday, March 24, 2008

Air Keroh Melaka 21 - 23 Mac 2008

Bilik penginapan kami kali ini adalah Sri Warisan Resort Air Keroh Melaka. Biliknya mengadap ke Taman Mini Malaysia & Mini Asean. Di sini terlalu banyak monyet dan kami perlu berhati-hati kerana risau monyet tersebut menganggu atau mencerobohi masuk ke bilik.

Petang hari pertama di sini, anak-anak menghabiskan masa mandi-manda di kolam renang dan seterusnya makan malam di resort berkenaan.

Hari kedua : Selepas sarapan pagi, kami mengunjungi Taman Mini Malaysia & Mini Asean. Sebelum menjelajahi taman berkenaan anak-anak mengambil kesempatan menaiki kuda dengan bayaran RM 5 seorang. Perjalanan yang hanya sekitar 10 meter sahaja, memberikan sedikit ketidakpuasan kepada mereka. Namun pastinya perasaan seronok tersebut berbunga di hati mereka.

Terdapat pelbagai rekabentuk rumah yang unik, yang masih segar dalam ingatan adalah rekabentuk dari Indonesia. Kami juga sempat melihat persembahan tarian kebudayaan. Menarik juga dengan pakaian mereka yang pelbagai warna. Kami sempat membelikan beberapa topi kecil yang dijual di kawsan luar taman mini tersebut. Selepas itu, kami mengunjungi Zoo Melaka yang hanya 1 kilometer dari tempat penginapan.

Keseronokan jelas terpancar pada wajah anak-anak kerana mereka dapat melihat haiwan tersebut dari jarak dekat. Namun keletihan yang teramat sangat pastinya dirasai oleh kami. Ini kerana kami berjalan-jalan dari awal tempat pembelian tiket hingga tiba semula di tempat yang sama, yang mengambil masa hampir dua jam.Memandangkan perkhidmatan mini keretapi disediakan pada sebelah petangnya, kami mengambil peluang untuk memerhatikan sekali lagi haiwan-haiwan berkenaan dengan menaiki keretapi tersebut.

Sekitar jam lima petang kami ke sebuah kedai untuk membeli alat tulis anak-anak bagi kegunaan mereka malam nanti. Seterusnya berehat seketika di tasik Air Keroh yang terdapat berhampiran D’Village Resort. Suami sempat menaiki kayak bersama Ahmad dan bergilir dengan Ifah. Akhirnya malam hari, kami habiskan masa di resort sahaja.

Hari ketiga : Kami ke Bandar Melaka, sempat menaiki bot pelancongan menyusuri Sungai Melaka. Sepanjang perjalanan tersebut kami diberi penerangan oleh seorang pemandu pelancong, mengenai Negeri Melaka dan sejarah sekitar tempat tersebut. Saya cukup kagum dengan beliau boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Kami juga sempat di bawa ke tempat Kincir Air yang sedang dalam pembinaan. Selesai menyelusuri sungai, kami pulang segera ke resort kerana suami akan mengikuti Majlis Hadith Sempena Sambutan Maulidir Rasul SAW 1429H di Madrasah Hasaniah di Negeri Sembilan (http://yayasansofa.com.my/). Petang itu, hujan renyai-renyai, jadi saya dan anak-anak menghabiskan masa menonton tv dan bermain-main di dalam bilik sahaja.

Hari ketiga, kami melawat ke Taman Lebah dan membeli madu di situ dan selepas siap berkemas kami bertolak semula ke Bandar Melaka untuk membeli belah, namun disebabkan waktu hampir tengahari dan jalan semakin sesak, kami mengambil keputusan terus ke N. Sembilan. Sukar bagi kami untuk membeli belah dengan membawa anak-anak ditempat terbuka tersebut dan mengambil keputusan terus ke N. Sembilan, memandangkan suami tertinggal buku notanya & kehilangan selipar pada majlis di Madrasah Hasaniah berkenaan. Tiba di madrasah pada waktu zohor, dan suami mengambil kesempatan bersembahyang zohor di masjid berkenaan. Alhamdulilah pada pencarian kali kedua, beliau menemui semula buku berkenaan dan selipar tersebut.

Akhirnya kami pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan biasa memerhatikan pemandangan N. Sembilan yang masih cantik dengan senibina rumahnya dan kawasan hutan yang masih menghijau ...

Masih terasa ketidakpuasan mengunjungi Melaka, kerana banyak tempat menarik tidak sempat dikunjungi seperti Butterfly Park, Hutan Rekreasi Air Keroh, Taman Buaya, MITC – ’Melacca International Trade Centre’, dll ...

Tuesday, February 12, 2008

Janda Baik 8 - 9 Feb. 2008



Last Friday, we went to Janda Baik. It's new chalet/guest house at Janda Baik. It's called Zaini GuestHouse (ZGH). It's owned by a couple : Zaini (local man) and Fred (a French lady). ZGH nearby ABC Training Resort. But this plase didn't have signboard.

We staying bomboo guest house, in front of the main entrance. The cost is RM60 one night, and includes a queen bed and one single matters.

Other than staying at the small chalet, you can also stay in a tent or open hall. But don't worry about toilet. The toilet it is very clean.

At night, when i realized from sleep I hear hard rain but in fact I have heard river which flowed. It's so very cool night.

For eating you must go get the restaurant around chalet or you could cook in those areas. Here, if durian season or other fruits you will be able to eat that fruit for free.

The area is also full of green. When you step into the area, it just you relax and forget about your hectic life. At the entrance by the parking lot, there's a small river. The water is very cold so you probably want to wait until after 9.00 or 10.00 am to dip into the water. It's a great place and I do recommend the area.

Here I attach Zaini GuestHouse URL : http://www.zainiguesthouse.com/

(The photo above is bamboo guest house : copy from Zaini GuestHouse. We only have normal photo, didn't have digital camera this time.)