Monday, June 20, 2011

Muzium Negara

19 Jun 2011, keputusan diambil mengunjungi Muzium Negara setelah  tiada idea "harus ke mana" pada hujung minggu ini. Ini merupakan kunjungan kedua saya, setelah lebih  9 tahun lalu saya mengunjungi muzium (tahun 2002) Ketika itu, anak sulung demam panas dan saya tinggalkan juga di nursery. Saya ingin membawa emak & ayah berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dengan melawat muzium bagi mengisi waktu sanggang mereka. 

Sebenarnya tiap-tiap hari saya melalui Muzium Negara kerana ianya berada dipertengahan jalan di antara rumah-pejabat (sejak Mei 2009).Pelbagai program dianjurkan di muzium yang saya dapat tengok melalui banner yang dipasang. Pun kali ini tiada juga rakaman gambar dibuat kerana tertinggal kamera di rumah ....



Monday, June 13, 2011

Solo - Surabaya (9 - 12 Jun 2011)

Lauk pauk yang tidak dihabiskan


Makan petang di Restoran Sederhana selepas selesai program di Uni. Muhamadiyah

Makan malam di sini

Dihiburkan dengan Lagu Perawan Solo


Kawasan hadapan ISID

Masjid Institut Studi Islam Darulsalam (ISID) Kampus Baru Siman, Ponorogo (pandangan dari pintu masuk Uni. Darulsalam Gontor)

Juga bermalam di Rumah Tetamu disini semasa di Surabaya (Pasentren Hidayatullah)


Masjid Al-Akhbar di Surabaya
Bermalam di Rumah Tetamu Gontor Putri, Mantingan Jawa Timur sebelum berangkat pulang ke Malaysia

Tuesday, June 7, 2011

Berkhemah di The Wood Resort, Ulu Yam, Selangor (4-5 Jun 2011)

Kesempatan cuti sekolah dan bisingan anak-anak untuk melakukan aktiviti luar rumah telah membuatkan kami memilih untuk ke The Wood Resort. Ini merupakan kali kedua ke tempat sama, selepas dua tahun lepas. 

Sunday, June 5, 2011

Nasi Goreng Sambal Bilis

Bahan-Bahan 

Nasi putih - satu mangkuk
Bawang besar - 2 biji sederhana besar (hiris nipis)
Bawang putih - 5 biji sederhana besar (hiris nipis)
Minyak masak ( anggaran untuk menumis)
Cili hidup - 5 biji (hiris nipis)
Ikan Bilis - RM3 (bersihkan ... )
Rempah Kari - 2 sudu makan
Sayur (kacang panjang - potong dalam 2 cm)
Telur (5 biji)

Cara memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, masukkan ikan bilis, rempah kari dan garam secukup rasa. Apabila didapati ikan bilis telah rangkup, matikan api.

2. Panaskan api, tumis bawang merah dan putih, masukkan sayur, garam secukup rasa. Masukkan nasi putih dan sambal bilis, gaulkan hingga sebati di bawah api yang perlahan.

3. Goreng telur yang siap dikepuk dengan sedikit minyak.
Hidangkan nasi goreng dengan telur yang direneh kecil (atau jadikan telur dadar)

Selamat Mencuba

Friday, June 3, 2011

Sotong Berlemak Kuning Diraja

Bahan-Bahan

Sotong - 1/2 kilogram (bersihkan dan potong dalam anggaran 1 cm)
Bawang besar (sebiji sederhana besar) -tumbuk halus
Kunyit - sebesar ibu jari (tumbuk)
Cili padi - 5 biji (tumbuk)
Cili merah - 1 biji (hiris nipis)
Santan - 1/4 kilogram  
Terung (2 biji) dipotong mengikut kesukaan
Garam secukup rasa
Cara memasak :

Panaskan santan dengan api sederhana, masukkan sotong, bahan-bahan yang ditumbuk dan garam.
Biarkan ianya mendidih dan letakkan terung, matikan api selepas 1 atau 2 minit. Tujuan untuk mengelakkan terung terlalu masak.

Siap dihidang dalam tempoh 20 minit dari proses membersihkan sotong.

Thursday, June 2, 2011

Tomyam Lembayu Laut

Bahan A
500 gram sotong (bersih dan potong ukuran 1cm)
500 gram udang (bersihkan, kalau yang agak besar boleh tanggalkan kulitnya)
500 gram lala (kalau nak makan dengan selesa, kopek kulit, jika tidak, bersihkan sahaja dan masukkan lala ke dalam periuk dengan kulit sekali) 
2 biji bawang besar (dihiris secara membulat)
5 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
Air dan garam secukupnya

Bahan B
1 batang lobak merah [potong pendek]
100 gm bunga kobis
2 peket cendawan
2 batang sadri

Bahan C
5 helai daun limau purut
2 biji tomato (dibelah 4)
3 biji limau nipis (ambil jus)

PES TOMYAM
Bahan-bahan
3 s/b serbuk cili kering / boleh juga kisarkan cili kering
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis)
Minyak untuk menggoreng
(*s/b = sudu besar)

Cara membuat
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Pes ini akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo pes tomyam. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais

Cara membuat Tomyam Lembayu Laut
1. Panaskan air dengan masukkan semua bahan A beserta garam secukup rasa dan 2/3 sudu Pes Tomyam
2. Selepas 10 -15 minit/mendidih, masukkan bahan B selamat 5 minit dan matikan api .
3. Masukkan bahan C.

Boleh dihidangkan untuk sekeluarga ….

Resepi

1. Kerabu Daging Bunga Kantan
2. Tomyam Lembayu Laut
3. Sotong Berlemak Kuning Diraja
4. Nasi Goreng Sambal Bilis

Kerabu Daging Bunga Kantan

Bahan-bahan
• 1/2 kilo daging - direbuskan hingga empuk dan masuk sedikit garam, selepas masak & sejuk, potong nipis-nipis
• 4 kuntum bunga kantan - hiris halus
• 1 cekak pegaga - dipotong kecil
• 5 biji cili padi - hiris halus
• 1 biji cili merah - hiris halus
• 5 ulas bawang merah di mayang halus
• 3 biji limau kasturi - diambil jusnya, kulitnya dihiris halus

Campurkan bahan-bahan di atas dan gaul sehingga sebati ...
Sesuai dimakan bersama-sama nasi panas ...

Tuesday, May 10, 2011

Pameran Seni : Kasihnya Ibu

Sempena meraihkan Hari Ibu, Balai Seni Lukis Negara mengadakan Pameran Seni : Kasihnya Ibu dari 18 April - 29 Mei 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Shasrizat Jalil pada 10 Mei 2011, dan tetamu kehormatnya adalah Tun Puan Rahah (ibu PM). Kehadiran ke majlis ini bersama-sama rakan sepejabat adalah atas jemputan pihak penganjur.


Banner Pameran Seni : Kasihnya Ibu
Di antara koleksi pameran



Ringkasan Pameran dari Portal Balai Seni Lukis
                   



Sunday, April 24, 2011

Old Town White Coffee Lawyat 24 April 2011

Selepas berjaya mendapatkan Dell berwarna merah dengan harga RM1700, kami santai seketika di 'conner' ini. Pertama kali minum kopi di sini, kira okaylah & puas hati, tapi Laksa Penang nya kurang sesuai dengan selera.



Sunday, April 17, 2011

Monday, April 4, 2011

Sejam di Air Terjun Laluan Jalan Gombak Lama (KL-Bentong) 3 April 2011

Selepas bersarapan nasi lemak di Chalet Tuk-Tuk (2-3 April 2011), yang dibeli di pekan kecil Janda Baik, 

 Bilik tempat kami tumpang semalaman sahaja

kami mengambil peluang ke air terjun ini. Terasa begitu bebas di sini dengan kicauan burung dan deruan air terjun tanpa henti. Namun hanya sejam sahaja, kebebasan kami terganggu dek seekor ular yang tiba-tiba menjelma, entah dari arah mana tanpa sedar kehadirannya. Lantas kami tinggalkan tempat tersebut dan telah mengambil kesempatan ke Bentong melalui laluan jalan lama tersebut.  

 Dirakamkan sewaktu berada di tepi jalan raya...
 Air yang cetek, bebas biarkan anak-anak main
Boleh lagi panjat 'gunung' sebelah air terjun ...
Ular ini telah menyebabkan kami cabut lari  ( 3 meter ++ )....

Sunday, February 20, 2011

Rakaman Di Puncak Rimba (18 - 19 Feb. 2011)

Tomyam - Makan Malam
Rezeki Makan Tengahari

Wednesday, February 16, 2011

Dari Famosa Garden Hotel, Melaka ke Jerantut Hill Resort, Pahang (12 -15 Feb. 2011)

Dari Famosa Garden Hotel, Melaka ke Jerantut Hill Resort, Pahang mengambil masa lebih kurang tujuh (7) jam termasuk sesi singgah-menyinggah di R&R, juga kesesakan jalan raya disebabkan hujan. Kami bertolak lebih kurang jam 3 petang dari Melaka dan tiba lebih kurang 10 malam di Jerantut Hill Resort. Tahap 'tekanan dalaman diri' menurun setelah dapat makan dan melihat bilik yang cantik dan cukup selesa untuk tidur pada malam itu. Hehehe ....

Mengimbau 'sejarah' ke Melaka :
Kami tiba lebih kurang jam 11 malam di FGH  dari rumah di Jalan Duta, KL dan dapatlah menjamah nasi briani mamak. Sekadar mengikut suami yang mempunyai program di Melaka, jadi sebelah siang bersama anak-anak menonton tv, mandi kolam dan berkereta 'merayau' sekitar kawasan tersebut. Sebelah malam berkesempatan menemui rakan dari Paskistan yang 'bermaustatin sementara' (mungkin dalam tempoh 3/5 tahun) di Melaka. Berhajat ke Jonker Street Melaka, tapi tidak kesampaian kerana jam telah menunjukkan ke angka 1 pagi. Semua orang 'mau balik tido'.
Pagi ahad kesempatan sekejap ke pekan Bandar Hilir, membeli t-shirt murah untuk anak-anak, juadah melaka dan tidak ketinggalan mainan lah. Hanya sekejap, kerana sukar nak untuk mengawal anak-anak seorang diri dan nasib baik satu/dua kedai baru di buka. 

Kisah di Jerantut :
Seharian di Jerantut ini (14/5/11), dapat kami ke Pekan Jerantut dan juga selebihnya 'melepak' sahaja di kawasan penginapan. Sebab kat sini ada kolam mandi. Jadi tak adalah yang merungut 'bosan'.
Selepas selesai 'majlis khas' pada (15/5/11), kami berkesempatan ke Taman Negara, 'pusing-pusing' di atas bot sekitar sungai dan seterusnya ke Lubuk Simpon untuk mandi-manda.
Pulang ke KL sekitar jam 8.00 malam melalui jalan lama Jerantut - KL. Bagi saya ia satu 'kesilapan' kerana jarak perjalanan yang agak jauh & suasana malam gelap pekat, dengan lampu jalan yang boleh dibilang dengan jari ... namun ianya jadi pengalaman alam ..

*12 Rabiulawal 1432 - Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Muhammad SAW.

Thursday, February 10, 2011

Black Tie Dinner Shangri La Hotel (31 Jan 2011)

Kesempatan yang terakam .....