19 Jun 2011, keputusan diambil mengunjungi Muzium Negara setelah tiada idea "harus ke mana" pada hujung minggu ini. Ini merupakan kunjungan kedua saya, setelah lebih 9 tahun lalu saya mengunjungi muzium (tahun 2002) Ketika itu, anak sulung demam panas dan saya tinggalkan juga di nursery. Saya ingin membawa emak & ayah berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dengan melawat muzium bagi mengisi waktu sanggang mereka.
Sebenarnya tiap-tiap hari saya melalui Muzium Negara kerana ianya berada dipertengahan jalan di antara rumah-pejabat (sejak Mei 2009).Pelbagai program dianjurkan di muzium yang saya dapat tengok melalui banner yang dipasang. Pun kali ini tiada juga rakaman gambar dibuat kerana tertinggal kamera di rumah ....